Saturday, 30 August 2014

Hai Ini Anak Perempuan Saya Nama Dia Iman

hai pakcik2 makcik2 sekalian.

nama kita iman lalalala~


Friday, 18 July 2014

Buka Puasa Iftar Bersama Komuniti Islam di Bristol UK dan Bayar Zakat

Salam.

Post kali ni agak pendek sedikit.

Saya ingin menceritakan tempat yang saya selalu berbuka puasa kat Bristol ni. Dalam bahasa Arab nye ya habibi ya maulana, dikenali sebagai "iftar" ye. Di sini tempat saya selalu bersama dengan komuniti orang2 Islam di Bristol UK.

Sahur sekitar pukul 3.30 pagi, tengok waktu, kadang2 awal, kadang2 lambat.

Berbuka pula sekitar pukul 9.30 petang, pun sama, kadang2 awal, kadang2 lambat lagi dari tu.

Ini saya ada video sikit tempat saya berbuka puasa. Tapi takde pun ambil gambar dalam tu, segan lah pula. Sikit2 jadi lah hohoho.


Nampak tak dalam video tu saya makin kurus kan? (aku tengok diri aku pon dah mcm mat pet jer).

Mana tak nye, terawikh habis selalunya sekitar pukul 12.30 malam, bukan disebabkan imam baca satu juzuk al-Quran, tapi isya' kat UK pukul 11.15 camtu lebih kurang. Jadi terawikh mula jam 11.40 malam camtu, habisnya dalam pkl 12.25 malam yang hanya 8 rakaat je tu, mungkin imam buat lebih. Tapi saya balik.

Dan sampai rumah biasanya dalam pkl 12.50 tgh malam, nak dekat pkl 1 pagi. Sepanjang perjalanan naik basikal tu memang tak sah kalau tak nampak benda2 yang boleh jadi pengalaman. Macam dah jadi, 1 malam = 1 pengalaman.

Orang mabuk pegi baling botol tengah jalan sampai berkecai depan mata, nasib baik kira2 5 meter depan tu, sempat lagi lah elak dalam masa 10 saat.

Orang berfoya-foya sebab kat sini malam2 banyak club dan bar buka tengah malam.

Ada yang tu, tak tahu sama ada mabuk ke apa, dia tengah jalan kaki nak pergi kedai pastu lambai tangan kat saya dan nak buat "pass" macam tu sambil tersenyum (tapi dia bukan gila). Saya cuma cakap je "hi there, how are you" sambil senyum.

Perempuan bawa basikal tengah2 malam, jalan kaki sorang2 tengah malam pun ada. Jadi saya rasa mungkin pencuri tak berminat nak merompak atau mencuri. Kalau ada perempuan yang bawa basikal tengah2 malam, makna nye saya selamat juga lah bawa basikal inshaAllah.

Bayar Zakat di UK

2 ke 3 hari lepas, saya bayar zakat. Kat Bristol ni zakat nye adalah 3.50 pound satu orang (bersamaan kira2 RM20), jadi saya bayar 3 orang termasuk isteri dan anak.

Cuma nak bayar zakat, takde macam Malaysia, kena berjabat tangan, ada akad, dan ada resit bukti pembayaran.

Kat sini bayar zakat, masukkan je dalam tabung tu, berapa banyak kewajipan zakat fitrah yang wajib dibayar. Dan tak ada duit baki dipulangkan. Jadi kena ada duit yang secukupnya nak bayar.

Sebenarnya baru saya dapat tahu tadi, kalau nak bayar zakat di UK boleh juga alternatif lain melalui satu badan NGO iaitu islamic-relief di website rasminya islamic-relief.org.uk. Islamic Relief ni adalah badan yang berdaftar dengan kerajaan UK, maknanya kita boleh tengok apa yang dibelanjakan oleh diorang, berapa banyak duit keluar dan sebagainya.

Di islamic-relief, satu orang yang dikenakan zakat adalah 4 pound. Tapi yang best nya dan yang paling kagumnya adalah,

Setiap zakat 4 pound yang dibayar di Islamic-Relief, akan ditambah oleh kerajaan UK sebanyak 4 pound lagi.

Maksudnya di sini, kalau saya bayar untuk 3 orang iaitu 12 pound, maka kerajaan UK akan tambah kepada badan NGO ini sebanyak lagi 12 pound, menjadikan jumlahnya adalah 24 pound.

Menarik?

UK adalah negara Kristian, yang jual dan minum arak, yang jual daging khinzir, yang ada gadis2 berfoya2 berpeleseran di kelab2 malam. Tapi tindakan mereka melebihi dari nilai orang kita sendiri yang merupakan negara Islam.

Cuba bayangkan, kalau kita bayar zakat RM7, kemudian kerajaan Malaysia salurkan lagi sebanyak RM7 tambahan, dan diberikan kepada yang memerlukan. Rasanya takkan luak lagi duit yang Malaysia ada sebab Malaysia sebenarnya kaya-raya. (cadangan je ni hasil dari pemerhatian orang UK)

Ok lah itu je setakat ini.

Assalamualaikum.

Saturday, 12 July 2014

Persiapan Rumah Baru

Salam.

Post kali ni saya nak tunjuk persiapan rumah yang saya baru duduk ni.

Kebanyakan barang2 adalah hasil sumbangan orang ramai, ada beberapa kerat je barang saya.

Dapur Yang Diberi Nafas Baru

Ini adalah gambar sebelum dan selepas di dapur nye:

(Nota: barang yang bertanda bintang* itu adalah barang yang dibeli oleh saya di UK, bukan dari Malaysia. Kalau takde bintang tu maknanya sumbangan daripada orang)

Gambar sebelum: habuk pun tarak (ada lah sikit2 habuk tahi hidung)

Gambar selepas: haa, macam majik je tiba2 muncul

Apa yang ada, dari kiri sekali: tepung jagung, minyak masak sunflower*, olive oil

Barisan watak-watak utama dari kiri: garam, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk lada putih, sambal ikan bilis, serbuk cili kering ditumbuk halus, perencah sambal*

Apa yang boleh dimasak: telur*, kicap habhal*, sos cili maggi Malaysia*, cili kering*, kuah mee kari Malaysia*, bunga cengkih*, Rajah 3 serangkai, ikan bilis*, bubur kacang hijau*

Peralatan yang berguna: cerek air, pembakar roti, periuk nasi, beras basmati*, perencah daging*, nutella*, bubur kacang hijau*, senduk sup, senduk kayu, 2 sudu kecil, satu pisau besar, satu pisau sapu roti, 2 garpu, 4 sudu, 1 sudu bijirin*, 1 mangkuk hijau untuk bijirin*, 1 gelas oren*

Nak makan kena ada pengalas kan: 2 pinggan besar, 2 mangkuk kecil, 1 piring, kurma*, bakul warna ping (diberi oleh seorang akak yang dah viva PhD balik Malaysia)

Kudap-kudapan: kengkadang makan kerepek yang dijamin halal untuk dibuat kudap-kudapan, terletak di dalam kabinet belah atas. 

Peralatan memasak: coriander (penapis untuk mee/pasta/spagetti), kuali kecil beserta penutup.
Luar kabinet dapur tu adalah tempat buang sisa makanan dan baldi mop daripada tuan rumah.

Kabinet sebelah: tong sampah kecik warna pingg (akak yg sama bagi bakul pinggg), bekas tupperware yang berjumlah kira2 7, bekas penutup makanan

Dalam peti ais bahagian pintu bawah: air jus (3 kotak tu bukan saya beli, ada lebihan jamuan yang orang tak nak bawa balik, tapi saya ambil bawa balik), kordial jus mangga (warna oren berpenutup biru), jem strawberi, mentega, santan dalam tin, buah-buahan, pizza dua kotak dan bawah sekali tu sayur macam brocolli, kacang panjang, cili api, cili padi, cili kering, cili besar, cili kecik

Dalam peti ais bahagian pintu atas: dari atas sekali tu daging burger, samosa, nugget ikan, diikuti bahagian bawah iaitu daging 250g sebanyak 4 plastik, ikan, ayam seekor

Penjemanaan Semula Bilik Tidur

Ini pula gambar sebelum dan selepas bilik tidur yang diberi transformasi penjenamaan semula.

Gambar sebelum: takde apa pun

Gambar selepas: saya letak duvet dan bantal, pastu bawa masuk baby cot yang dibeli 2nd hand dari ebay berharga 8.50 pound (kira2 RM47), kalau beli 1st hand brand yang sama baby cot ni harganya 60 pound. Pastu saya alihkan rak kecil coklat tu ke ruang tamu.

Baby cot: baby cot ni warna putih, siap dengan tilam pemilik asal ni beri (tanpa cadar). Pastu bendalah yang tergantung tu bukan saya beli, tapi ada kawan bagi sbb dia dah nak balik Malaysia bulan 8 ni. Dan drawer sebelah baby cot tu boleh letak barang2 keperluan baby macam termos, botol susu, kain lampin dll.

Ok, itu ajer setakat ni.

Kebanyakan barang diberi oleh seorang akak yang dah habis PhD chemistry nya (nama dia kak Da, nama penuh saya tak tahu, rase2 nye Rohaida kot, ore kelate). Dia yang bagi bakul pingg, tong sampah pingg, sudu garpu pisau, cerek air, pembakar roti (toaster), periuk nasi dan apa semua tu lah.

Dah takde apa, nanti nak update benda lain pula.

Assalamualaikum.

Friday, 11 July 2014

Selamat Tinggal Hodgkin House, Selamat Datang Rumah Baru

Salam.

Saya keluar dari tempat penginapan lama, Hodgkin House pada 8/7/2014 aritu. Kira-kiranya, genap 2 bulan dari tarikh saya masuk ke situ sejak 8/5/2014.

Banyak pengalaman yang saya lalui di situ sepanjang 2 bulan, kenal dengan macam2 jenis manusia, makanan, budaya dll.

Dan tak lupa juga beberapa aktiviti yg saya join dengan diorang.

Makcik Cleaner Dari Thailand Umur 26 Tahun

Pertama kali saya jejak kaki kat Hodgkin House, saya dibawa ke tempat2 penting macam dapur dll. Bila saya masuk dapur tu, kebetulan waktu tu ada seorang makcik cleaner yang tengah mengelap dapur. Terus dia tanya saya,

"Which country are you come from?", saya pun hairan, nama tak tanya terus tanya negara. Saya pon jawab lah Malaysia.

Pastu dia ckp, muka saya macam orang Thailand, dan dia mati2 dia ingat kan saya ni orang Siam.

*Nota: Keluar dari Topik - pernah satu ketika tu, saya pakai baju Thailand (baju yg dibeli waktu saya bercuti kat sana dengan kawan2), pastu tiba2 ada sorang mamat ni datang kat saya terus sergah cakap Siam. Saya ckp lah yg saya tak paham sepatah habuk pun, pastu mamat ni ckp sorry, dia ingat ke saya ni orang Thailand, sebab dia pun orang Thai.

Berbalik kepada cerita makcik cleaner ni, umur dia 26 tahun....

tapi diterbalikkan nombor tu.....

Jadi lah 62 tahun. kah kah kah!

Saya selalu usik makcik ni, sebab dia banyak mulut pot pet pot pet. Waktu mula2 dulu saya tanya umur dia, dia cakap lah 62 tahun, tapi saya buat lawak lah dengan dia yg saya ingat kan 26 tahun, sbb nampak macam muda dengan ayat camni,

"Oh really? I thought you are 26 because you look younger than your age". Berdekah-dekah dia gelak macam nak pecah dapur tu, sambil mata dia pandang ke langit seolah2 terasa mcm ala-ala diva gitu.

Dia ni asal dari kampung kat Thailand, kais pagi makan pagi kais petang makan ulam. Pastu kahwin dengan mat saleh dari UK (dah meninggal), dapat anak 3 orang laki dan 1 orang perempuan. Tinggal di Clifton Village (Clifton ni macam daerah, dan Bristol ni pula macam negeri). Clifton Village ni tempat orang2 kaya tinggal, yang digelar sebagai "posh people", kalau dlm bahasa Melayu nye adalah macam golongan bangsawan (kalau Selangor itu negeri, Country Heights tu pula mcm ala2 Clifton Village). Mendiang suami (mati disebabkan colon cancer) nye seorang pensyarah, pastu pencen duduk kat Clifton. Dan Clifton ni tempat orang2 pencen dan kaya duduk, sebab terlalu aman, jenayah kurang, polis sentiasa buat rondaan dsb.

Macam ni lah lebih kurang posh people, golongan bangsawan la kira2 nye (source: buzzfeed.com)

Nama makcik cleaner ni adalah Sammy, tapi nama Thailand dia saya dah lupa. Pagi dia kerja jadi cleaner kat penginapan hostel ni (dari pukul 8 pagi sampai 12 tghari), petang dalam pkl 6 camtu sampai malam dia kerja kat restoran Thailand (restoran ni milik orang Melayu dan menu nyer semua halal). Jadi dia selalu lah bawa kan nasi berlaukkan ayam ke apa kat saya dari restoran, sbb dia tgk kesian kat saya makin kurus sbb tak reti masak. huhuhu

Walaupun dia sebenarnya kaya dan tak perlu nak bersusah2 kerja sebab boleh mengharapkan duit pencen mendiang suami, tapi dia tetap nak kerja sebab dia jenis tak boleh duduk diam. Tangan dengan kaki dia lagi laju daripada mulut. Dia cakap kalau dia tak buat kerja2 lasak dalam sehari, dia rasa lenguh2 badan.

Pastu saya sempat lah minta nak ambil gambar dia, tapi dia tak nak gambar dia serabut dengan rambut. Jadi dia betulkan kemas2 rambut dia, pastu siap gayakan dengan spek ala2 retro dia tu. Baru dia posing kat dapur tu. Saya cakap kat dia yg saya nak ambik gambar dia untuk tontonan orang Malaysia. Dia dengan sporting nye bergaya sakan macam ni ha:

Sammy, si makcik cleaner di Hodgkin House

Kunyit Kuning, Kunyit Putih, Kalalangka

Sebelum saya keluar dari penginapan situ, dia pesan kat saya kalau family dtg nanti tolong bawakan "lemongrass" dan "kalalangka" yang siap ada akar. Yang lemongrass tu saya tahu lah, tu daun serai. Tapi yang dia sebut "kalalangka" ni, saya tak tahu menatang apa. Dia kata nak buat tomyam.

Pastu saya suruh dia taip dalam henset saya dalam bahasa Siam dia, pastu saya tengok gambar2 yang berkaitan dengan "kalalangka" dia ni.

Oh, saya tengok rupa "kalalangka" ni tak ubah macam kunyit, tapi dia bukan warna kuning, dia warna putih. Jadi saya buat anggapan, ini mesti kunyit putih ni.

Saya pun minta tolong mak saya carikan kat Malaysia, kunyit putih yang siap ada akarnya sekali.

Tapi puas mak saya kata, dah merata pergi tanya kat pasar, setiap kali tanya ada ke tak jual "kunyit putih", rata2 tokey pasar kebingungan macam tak pernah dengar atau tengok pun kunyit putih sepanjang hayat mereka.

Lalu saya search lagi sekali, mana tau kot2 terjumpa.

Dan terjumpa lah jua akhirnya, perkataan yang seakan-akan dengan bunyi "kalalangka" tu,

>>> galangal

Bila tengok dalam tu, dalam bahasa Melayu nye adalah "lengkuas", kah kah kah!

Ya, saya seorang buta resipi, buta makanan, buta ramuan dan segala yang berkaitan dengan makanan.

Dan saya rasa, mesti mak saya terasa seperti diperkotak-katikkan kat pasar.

Saya sangkakan ini adalah kunyit putih sebab nampak macam bentuk kunyit yang berwarna keputihan.
Rupa-rupanya seekor anak lengkuas yang baru menetas.

Aktiviti Musim Panas

Pada 21/6/2014 hari tu, ada satu aktiviti yang dijalankan oleh management penginapan ni. Diorang bawa student2 ni semua ke sebuah rumah yang ada taman besar milik seorang lelaki dalam komuniti Hodgkin ni.

Kebanyakannya mat saleh lah. Ni gambar2 nye.

Saya dengar je pom pang pom pang mat saleh bercakap sambil kepala angguk2 geleng2 tak paham buat2 paham jer laa.

Sebahagian dari warga student kat penginapan (muka serius).

Sebahagian dari warga student kat penginapan.

Permainan ni nama nye croquet, ini memang 'pure' British punya game.

Ini makcik yang duduk tengah2 ni yg ajar cara2 bermain bendalah ni.

2 orang dari kiri tu orang Malaysia (buat PhD Mathematics dan 'tak igt lg satu tu'), mamat pakai baju belang2 pink tu mat Bangla (buat PhD Physics).

Semua orang dalam gambar. Cari lah saya, hoho!

Gambar Lain-lain Sepanjang Berada di Situ

Ingat saya tak pandai masak ke? Ni hah! ayam masak kari kuang kuang kuang.

kadang2 makcik Thailand ni hulu buah tembikai kat saya, selain daripada nasi berlaukkan ayam yang dia bawa balik lebihan (dari restoran halal tempat dia kerja)

Kadang2 saya terasa jadi macam mat saleh, pagi2 sarapan 'milk and cereal' 

Yang ini ayam masak brocolli, si makcik Thailand tu tolong masakkan untuk saya; ayam, sayur, perencah semua tu saya beli kat kedai halal, tinggal dia tolong masakkan je untuk saya dengan sukarela. 

Kadang2 saya takde kerja, saya buat eksperimen resipi. Cer teka, cer teka, menatang apakah ni? (itu dapur elektrik)

Inilah menatang yang dipanggil: telur dadar berlipat segi yang di-topup keju, miahahaha!~

Kadang kala saya beli daging halal, buat masak kari pon sodap. 

Ada masanya, saya masak ayam, yang digaul dengan tepung perencah, pastu saya kukuskan terlebih dahulu sekitar 7 minit, pastu baru saya goreng. Rasanya enak skali dong, isi luarnya keras bangat, tapi intinya lembut2 gitu donggggg~
Itu ajer.

Nanti saya update yang terkini pasal rumah sewa terbaru tu pula, ok.

Wassalam.

Thursday, 3 July 2014

Cari Rumah Sewa di UK dan Harga Rumah Sewa di Bristol

Salam. Post kali ni sangat panjang, sebab ia melibatkan soal survival di tempat orang yang sangat critical, sangat detail dan sangat challenging. Mencari rumah sewa di UK bukan mudah, lebih2 lagi di Bristol - bandar yg serba-serbi nya mahal. Jadi sangat penting post ini untuk dibaca oleh semua warga Malaysia, tak kira yang belum dan akan pergi ke UK, dan lebih-lebih lagi difokuskan kepada kaum keluarga.

Jadi kalau nak baca, silakan, fahamkan, dan nilaikan sendiri setelah baca post ini.

Kesimpulan post ini akan ditulis pada bahagian akhir. Apa pun, saya pecahkan post kali ni kepada beberapa bahagian:

Mohon rumah sewa dari Malaysia

Secara ringkasnya, semua student tak kira dari Malaysia atau mana2 negara yang nak belajar di UK akan disediakan tempat tinggal utk kita mohon oleh universiti masing2. Sebagai contoh, university Bristol menyediakan satu sistem online yang mana saya boleh isi untuk mohon tempat tinggal yang disediakan dan membayar rumah sewa dengan harga yang sangat murah dan dekat jaraknya dengan universiti. Sudah tentu ramai student yang apply, jadi sistem online tersebut akan susun mengikut keutamaan (priority), bukan mengikut siapa cepat dia dapat, tapi siapa yang lebih utama.

Keutamaan akan diberi pada (mengikut susunan)
1) keluarga yang mempunyai anak dan student belum sampai ke UK
2) keluarga yang tiada anak dan student belum sampai ke UK
3) keluarga yang mempunyai anak dan student ada di UK

Saya jatuh di kategori nombor (1), dan sewaktu di Malaysia, saya sudah masuk ke sistem online yang diberikan melalui surat tawaran (offer letter) yang diberi pada tarikh yang dimaksudkan. Apabila sampai tarikh tersebut, saya masuk ke sistem online tu dan cuba untuk apply. Tetapi bukan rezeki saya di mana saya tak boleh apply atas alasan "saya adalah current student dan bukan new student". Current student ni maksudnya saya sudah berada di universiti, mendaftar dan memulakan pengajian. New student adalah student baru yang tak tahu apa2. Jadi, bila masalah sistem ni timbul, saya terus email kepada pihak yang berkaitan.

Saya hantar email untuk apply, pastu universiti bagi link, pastu saya reply cakap tak boleh access.

Kemudian, dia cakap saya adalah current student? Waktu ni saya tengah pening kepala nak uruskan anak hantar ulang-alik ke klinik sebab kuning lagi, nak uruskan borang2 visa lagi, nak tengok tiket kapal terbang

Atas sebab saya dah kesuntukan masa utk mendaftar diri ke universiti, saya tak keep-in-touch dengan pihak universiti, sebab saya nak fokus utk persiapan ke sana. dan saya berniat untuk ke pejabat penginapan universiti dan bertanya sendiri dan mohon sekali lagi penginapan tersebut.

Pada pendapat saya, faktor utama yg menyebabkan status saya bertukar menjadi current student adalah disebabkan tarikh asal yang sepatutnya saya mendaftar adalah 1/1/2014, kemudian saya tangguh ke 1/4/2014 sebab fikir nak tunggu isteri lepas bersalin, kemudian anak saya kuning (jaundice) dan tiada siapa dapat uruskan, maka saya ulang-alik ke klinik nak bagi cepat sembuh anak, tapi tanda2 anak nak surut kuning tu belum nampak kesan, jadi saya minta tangguh lagi dengan universiti ke tarikh 1/5/2014.

Dan selepas saya minta tangguh ke bulan 5 tu, email yg saya terima dari universiti sangat mengejutkan di mana email tu berbunyi seolah-olah kalau saya tak masuk daftar juga sehingga tarikh tertentu, saya dikira tak berminat.

Kemudian apa jadi? saya gelabah, terus beli tiket dah tak tengok lagi dah berapa harga, yang penting saya kena sampai sebelum 1/5/2014.

jadi saya main beli je tiket pada 28/4/2014,
sampai di UK pada awal pagi 29/4/2014,
dan pergi ke universiti untuk daftar pada 30/4/2014.

Bila beli tiket last minute ni, tahu kah anda berapa harganya? RM3900. Untuk tiket pergi sehala sahaja. Ini bukan business class, ini low economy class. Kerusi seat biasa, takde special. Dan duit ni saya pakai duit yang MARA bagi, yang sepatutnya buat sewa rumah kat UK. Tapi duit ni boleh claim, cuma ambil masa sedikit sebab mara tak bagi direct, dia akan transfer duit secara batch-by-batch, maknanya katakan hari ni dia transfer duit claim untuk 100 orang, lagi 3 bulan dia akan kumpul claim utk batch seterusnya utk memudahkan kerja.

Duit yang MARA bagi habis macam tu je. Walhal boleh dapat tiket dengan harga RM1500 camtu.

Pergi Jumpa dengan Pihak Penginapan Universiti

Sebaik saja tiba, pada minggu yang sama saya sampai, saya terus ke pejabat penginapan utk bersemuka face-to-face yang saya anggap lebih senang utk mohon penginapan. Saya nyatakan masalah saya, dan staf yang berurusan tu minta student ID saya dan tengok dalam sistem. Dan dia sendiri pun pelik! Saya baru mendaftar 1/5/2014, tapi status saya adalah "current student" dan bukan "new student". agak2 apa yang dia "tanya" saya?

"did you previously study here?"

dan saya jawab, sejak bila pula saya buat degree atau master kat sini, dan dia pun tak tahu.

agak2 apa yang dia "cadangkan" kat saya?

"you can google and search from rightmove.co.uk to find a flat/apartment"

Dan waktu tu saya dah blank sekejap. Jadi saya kata takpe lah gitu. dia cakap, kalau dah sampai sini, keutamaan akan diberikan kepada yang belum sampai, jadi saya pun balik.

Bila saya balik, saya cerita pada kawan saya (ariff), dan dengan gaya dia ala-ala lawyer (sebab dia adalah law student), dia pun cakap,

"you should bombard them with ton of emails and calls" dan saya tanya, "kenapa?"

"sebab kita dah bayar mahal2 kat universiti, 3 hingga 4 kali ganda dari local student" saya jawab, "ok".

Kemudian saya di-brainwash olehnya supaya menegakkan keadilan hakiki sejati dan statuory rights saya. Saya terima dengan hati yang terbuka oleh law student yang jauh lebih muda dari saya ni, sebab saya tau saya seorang yang passive kalau bab2 macam ni. Dan saya pun terus email ke pejabat penginapan dengan hati yang berkobar2 (bukan nak marah pun).

Saya tanya lagi sekali nak dapatkan rumah daripada universiti berserta dengan email2 sebelum ni

Tunggu punya tunggu, 8 hari baru reply. Itu pun jawapan yang hambar:


Alamak aih. Sedih nye.

Jadi saya fikir, takpe lah kalau takde rezeki.

Cari Rumah Sewa di UK melalui Website rightmove.co.uk

Kalau di malaysia, website yang popular untuk cari rumah sewa adalah macam iproperty.com.my dan mudah.my tapi kalau kat UK ni ada banyak, yang paling popular sekali adalah rightmove.co.uk lah. jadi saya register, dan saya buat pilihan rumah sewa yang macam mana saya nak dalam menu nya tu. Bila ada offer yang terbaru, maka akan bertaburan lah masuk ke email saya. secara jujurnya, saya tak tahu apa kriteria tuan tanah di UK ni nak, kriteria ejen hartanah nak, dan juga kriteria city council (majlis bandaraya) nak. Pilihan saya adalah dah tentu saya nak yang murah, dekat dengan universiti, dan yang boleh tampung saya, isteri dan anak saya yang baru beberapa bulan jagung.

Pengalaman Berurusan dengan Ejen Hartanah 

Saya dah jumpa macam2 jenis ragam ejen hartanah. Dan kemudian saya dapati, cara yang terbaik selepas saya belajar dari pengalaman ni adalah,
- jangan terlalu mengharap daripada apply kat online
- kurangkan mengharap daripada apply melalui telephone 
- sentiasa mengharap daripada jumpa direct terus

Setiap kali saya apply online, setiap kali tu lah saya berasa 'down' dengan jawapan2 ejen hartanah ni. Saya cuma perlukan satu bilik tidur je, sebab baby akan tidur sekali dengan parents. Tapi rata2 ejen tak nak bagi (dan sebab tuan rumah tak bagi).

Ejen hartanah tak bagi duduk untuk family walaupun rumah tu satu bilik. Bagi diorang, kalau benda tu menyukarkan penyewa, diorang takkan bagi. Dan ejen hartanah yang atas ni pulak ada policy dia sendiri iaitu "1 child per room" maknanya 1 budak = 1 bilik. Lain ejen, lain policy nye.

Gambar di atas adalah salah satu ejen. Ada banyak lagi ejen yang saya kena cari lagi selain daripada dia kalau dah tak bagi. Dan ejen ni juga ada sertakan attachment pada email saya mengenai harga rumah sewa yang ditawarkan di sekitar Bristol dan berdekatan dengan universiti. Sila lihat (click) pdf di bawah.

>>> Harga Rumah Sewa di Bristol (pdf)

*Nota: Dalam pdf tersebut, yang 0 bedroom tu adalah bilik yang berkongsi ramai2 atau jenis studio.

Pengalaman pertama saya pergi viewing (iaitu tengok rumah sewa sebelum bayar deposit), saya pergi ke rumah ni yang 7 minit jalan kaki dari universiti. Ada satu bilik tidur, satu ruang tamu, satu dapur, dan harganya 550 pound sebulan, yang berada di tingkat 3.

Bila saya sampai, saya ingat kan dah confirm lah, sebab saya dah bawa duit cash 550 pound dalam tangan utk bayar deposit supaya tak terlepas. Tapi bila dia tanya saya seorang je ke, saya jawab lah saya akan bawa masuk isteri dan anak. Terus serta-merta ejen (yang juga tuan rumah) tu kata tak boleh dan bawa saya keluar. Dan dia cakap minta maaf dan dia tak nak bazir masa dia dan masa saya.

Pengalaman saya yang lain pula, saya jumpa satu rumah ni 10 minit bawa basikal. ada satu bilik tidur, satu ruang tamu, satu dapur, tingkat ground floor (tingkat 0), harganya 650 pound tanpa perabot (unfurnished). dan ejen tu cakap, tuan rumah ok je kalau bawa masuk baby. Tapi rumah tu pula tuan rumah nak sewakan segera pada bulan 6. Tapi saya nak bulan 7, dan tuan rumah tak dpt pertimbangkan, lalu diberi pada orang lain yang nak sewa pada waktu tu jugak. Jadi saya terlepas.

Kemudian saya ada satu lagi pengalaman, rumah ni harganya 600 pound (paling MURAH yang pernah saya jumpa yang MEMBENARKAN anak kecik), tanpa perabot (takde katil), 1 bilik tidur, 1 ruang tamu dan 1 dapur, tingkat 0 (dan rumah ni ada tingkat negatif 1 atau -1 iaitu rumah bawah tanah). Appointment saya waktu tu pukul 4 petang, perjalanannya ambil masa 20 minit pakai basikal, jadi saya keluar dari universiti pukul 3.30 petang dan dijangka tiba pada pukul 3.50 petang. malangnya, pukul 3.40 petang, ejen tu message saya cakap,

"sorry the property has been taken"

Rupa2nya, ada orang yg ada appointment lain pada pukul 3.30 petang, dan terus confirm waktu tu juga. 

Mesti akan ada orang yang baca benda ni akan cakap kat saya, "pasal apa amir ni tak cerdik sangat sebab tak datang awal2 sebelum pukul 3.30 petang tu?"

Sebelum cakap saya tak berapa cerdik, biar saya terangkan. Meskipun saya tiba di rumah sewa tu sebelum pukul 3.30 petang sekalipun, dan saya cakap yang saya nak terus ambil, ejen takkan benarkan. Sebab mengikut giliran appointment, ejen kena dapatkan keputusan daripada orang yang ada appointment pukul 3.30 petang tu dulu. Dan sudah pasti waktu tu ejen akan tanya saya balik, "kenapa kau datang sekarang? appointment ko pukul 4 petang, jadi ko kena tunggu waktu kau sampai pukul 4".

Dan selepas saya baca message dari ejen tu, saya balik dengan hampa berganda. Disebabkan saya bawa basikal dengan laju dan langgar bonggol2 jalan, tayar basikal belah belakang takde angin. Jadi saya pergi ke stesen minyak utk isi angin. Saya ingat ke hampa berganda, rupanya hampa triple kali ganda. Nak isi angin pun kena bayar duit 50 pence, iaitu setengah 1 pound. (50 pence = RM2.80)

Nak isi angin pun kena duit ka? 50p (50 pence) plak tu, bersamaan RM2.80 hampeh.

Dapat Rumah Sewa dengan Cara Jumpa Terus Ejen atau Tuan Rumah

Mencari rumah sewa bukan mudah. Sebab kena ulang-alik tengok rumah ok ke tak, pastu bersaing dengan orang lain siapa yang cepat dapat kalau rumah tu berbaloi dengan harga dll. Saya sendiri pun dah penat, sebab dalam tempoh 3 minggu tu, saya buat kerja hanya separuh hari je. Masa yang lain semuanya melibatkan pasal pencarian rumah sewa. Dan masa ni melibatkan saya sendiri, masakan tidak, sikit2 nak tengok email kalau ada rumah kosong supaya tak terlepas, sikit2 ada ejen telefon kata rumah tu tak boleh, rumah ni pula tuan rumah tak nak bagi sewa pada family, rumah yang sana dah ada orang confirm ambil dsb.

Setiap kali saya dapat call, saya terus keluar dari lab, sebab tak nak ganggu orang lain buat kerja dengan suara manja saya. Kalau dah 3-4 kali keluar masuk lab semata2 nak jawab call dan dalam masa yang sama juga nak call ejen hartanah, memang tak bergerak lah kerja. Sebab apa2 jenis kerja sekalipun memerlukan momentum.

Pernah tak korang nak masak nasi goreng, sepanjang nak masak nasi goreng tu ada plak hamba Allah dalam 3-4 orang yang berlainan call korang. Mesti rasa takde mood dah nak masak nasi goreng kan?

Nak cakap kat ejen utk suruh call kemudian, saya pernah terkena dah. Ejen tu call tanya nak tak satu rumah ni yang agak murah dan baby dibenarkan tinggal, saya jawab nanti saya call semula sebab saya ada kerja. Petang nya tu, saya call balik, dan dia jawab, maaf dah ada orang tengok rumah dan terus confirm. Ah melepas.

Kemudian pengalaman (terakhir) dalam pencarian rumah sewa, saya tengok ada satu rumah ni, 15 minit bawa basikal (25 minit naik bas) ke universiti, harganya 670 pound sebulan dan fully-furnished ada katil, dapur dan sebagainya, dan tuan rumah benarkan baby. Saya call ejen tersebut sebanyak 4 kali, pukul 9.00, 9.15, 9.30 dan 10.00 pagi, tapi takde orang angkat. Lalu saya terus pergi ke ofis ejen hartanah ni yang ambil masa 10 minit naik basikal.

Bila saya sampai je, rupanya ejen tu baru je masuk ofis (pukul 10 pagi). Dan saya bagitahu niat saya.

Proses Nak Mendiami Rumah Sewa 

Sebelum nak confirm rumah sewa, kena pergi view (tengok rumah) dulu. Jadi, ejen ni kena hantar satu notis 24 jam kepada penyewa sekarang untuk datang view sebab ada orang nak sewa. Selang beberapa hari, saya pergi ke sana naik basikal naik turun bukit penat berkayuh 15 minit.

Bila dah sampai tu, tengok rumah dan sebagainya, saya malas lagi dah nak fikir pasal murah ke mahal ke jauh ke. Janji ada. Sebab nak bawa isteri dan anak ke sini.

Appointment saya pkl 9.30 pagi (saya orang pertama). Selepas tengok rumah, ejen tu tanya, nak ke tak nak? Sebab ada orang lain yang appointment nye pkl 9.45 pagi nanti. Saya tak cakap banyak, terus saya confirm.

Bila nak confirm, kena bayar satu duit dipanggil Tenant Fees, iaitu duit yang dibayar kepada ejen. Duit ni adalah milik ejen, dan kalau kita direct terus tanpa ejen, memang takde bayaran ni. Tapi nak cari rumah tanpa menggunakan ejen memang sangat2 payah, hanya rezeki je yang menentukannya. Dan tenant fees tu macam kita bayar deposit, dan bila kita bayar, duit tu takkan dikembalikan, dan takde siapa lagi yang boleh ambil rumah tu selepas saya bayar Tenant Fees. Bayarannya? 360 pound (bersamaan RM2000).

Pembayang gelap atas #1: nama ejen tu.
Pembayang #2: alamat tempat tinggal saya.
Pembayang #3: sain ejen tu.
Pembayang #4: sain saya.

Kemudian, saya diberi satu checklist yang memerlukan:

  1. fotostat pasport diri sendiri, isteri dan baby
  2. surat akuan yang menunjukkan saya seorang phd student dari universiti
  3. reference letter dari previous landlord (tuan tanah sebelum ni)
  4. borang butir2 peribadi dan isteri
  5. reference person utk diri sendiri dan isteri
  6. bank account statement (UK bank only)
  7. deposit satu bulan 670 pound 
  8. advance 6 bulan (670 x 6 = 4020 pound)

Untuk nombor (1) hingga (3) tu takde masalah. Berikut adalah gambar borang nombor (4):

Borang butir peribadi saya muka surat 1.
Saya gelapkan bahagian alamat, nombor telefon dan email saya.
Nak sewa rumah kena ada reference, iaitu orang yang boleh rekemen kan kita. Saya pakai nama kawan saya student Malaysia di sini. Kat bawah tu pula, account bank UK saya, dan perlu print account statement tersebut.

Kalau diperhatikan kat bawah tu, ada tertulis "Guarantor". Dan yang pangkah sebesar-besar alam tu bukan saya buat, tapi ejen tu dia ambil kertas dan pangkah siap2. Dia kata yang saya tak perlu guarantor, tapi perlu bayar sewa 6 bulan advanced ke depan.

Sebut pasal advanced sewa ni, ada kes yang mana kawan saya pakai Financial Statement dari MARA dan menyatakan dia adalah goverment scholarship dan kerajaan Malaysia yang akan tanggung. Ada sesetengah ejen benarkan. Tapi ejen saya ni punya lah cerewet tak nak bagi. Jadi saya pakai cara kedua.

Sebut pasal bayar advanced sampai 6 bulan ni, ada kawan saya yang bayar cuma 3 bulan je. Itu pun dah puas pujuk ejen tu, nasib baik ejen tu bagi. Kalau tak, nak mencari duit tu lah. Dan saya pula, memang ngam2 je ada 3 bulan advanced dalam akaun bank saya waktu tu.

Tapi puas saya pujuk, ejen tu tak nak bagi walaupun 3 bulan. Mungkin pujukan saya belum lagi sampai tahap menggoda. Dia kata, tetap kena 6 bulan. Dia siap cakap lagi biar pun saya ni anak menteri kat Malaysia yang mana kerajaan boleh tanggung ke, dia tak peduli. Kalau tak boleh bayar, lebih baik let go kat orang lain.

Jadi saya cakap kat dia, ok lah saya ambil. Dalam kepala tengah pikir nak mencari duit advanced lagi 3 bulan. Puas saya cuba korek segala macam duit sana sini dari bank kat Malaysia, memang tak ketemu jawapan juga.

Akhirnya, saya terpaksa mengalah. Saya perlu minta bantuan kecemasan S.O.S. daripada bekalan kewangan FAMA. Father And Mother Association. Saya terpaksa pinjam sekejap duit ayah saya, kesian saya kan. Nanti nak kena ganti semula bila dah dapat duit claim dari MARA yang beli tiket kapal terbang dan duit visa tu.

Tapi saya bukan kena bayar advanced 6 bulan waktu tu, bila dah dihantar borang2 tadi yang dah siap diisi, tuan rumah akan hubungi saya.

Tuan Rumah Hubungi Penyewa

Perkara ni bergantung kepada tuan rumah sendiri, kadang2 ada yang telefon, ada yang jumpa face-to-face. Macam saya, dia hantar email kepada saya.

Dalam email tu, dia suruh semak semua dokumen, lengkap atau tak dsb. Bila dah berpuas hati, jadi dia mintak duit advanced 6 bulan + 1 bulan deposit untuk di-bank-in ke dalam account dia. Ini email nye:

Email saya dengan tuan rumah #1

Email saya dengan tuan rumah #2

Email saya dengan tuan rumah #3

Dalam email pertama, tuan rumah ada sebut pasal bayar deposit 1 bulan dan advanced 6 bulan sewa.

Duit deposit 1 bulan ni bukan dipegang oleh tuan rumah, tapi akan dipegang oleh satu badan di UK (dikenali sebagai DPS Statutory Notice) untuk protect kedua-dua pihak sepanjang saya menyewa di rumah tersebut.

Kedua, dia ada sebut mengenai Gas Safety Certificate, dan ini berkaitan dengan certificate yang dikeluarkan jika rumah tersebut mencapai piawaian gas dan selamat digunakan. Gas ni digunakan ketika musim sejuk nanti untuk panaskan rumah. Dan rumah saya ni pakai gas, ada rumah yg tak pakai gas, tapi pakai electric heater. Satu badan panel akan melawat rumah pada sekali dalam setahun dan kalau tak selamat, tuan rumah akan didenda mengikut undang2 UK.

Ketiga, dia sebut pasal EPC (Energy Performance Certificate), iaitu satu sijil yang dikeluarkan oleh badan panel yang menilai rumah tersebut dari segi energy efficiency, atau penggunaan tenaga rumah tersebut. Energy efficiency ni dinilai dari skala gred A hingga G, A mewakili paling terbaik tiptop, manakala G sangat teruk penggunaan tenaganya. Kalau satu rumah tu gred nye adalah A, maka rumah tu memang sangat menjimatkan elektrik dan gas. Penilaian EPC ni dibuat berdasarkan jenis batu pada rumah, jenis tingkap, jenis bumbung, jenis heater, jenis lampu mentol dan banyak lagi, kemudian semua data ni dimasukkan ke dalam software untuk dapatkan gred. Katakan batu rumah tu jenis lama zaman tok kadok, jadi rumah tu susah nak panas bila musim sejuk, lalu penggunaan gas pada heater akan meningkat. Jadi gred EPC rumah tu akan menurun. Macam rumah sewa saya ni, gred nya adalah D (secara purata, rata2 kat sini gred nye adalah D).

Susulan email tersebut, saya masukkan duit seperti yang diminta, dan kemudian saya email pada tuan rumah beserta bukti resit bank saya.

Masuk ke Rumah Sewa Buat Pertama Kalinya

Pertama kali saya masuk, saya jumpa tuan rumah. Kemudian, ambil bacaan elektrik dan gas terkini. Cuma bil air je yang takde meter, sebab kat rumah ni dia pakai bayar secara lamsam, pakai sikit ke banyak ke, banyak tu lah kena bayar.

Kemudian, saya diberi taklimat (ceh wah macam taklimat PLKN) pasal rumah tu, senarai barang2 milik dia dsb. Pastu lepas dah tengok keadaan rumah tu, saya perlu tandatangan borang agreement sewa.

Sebelum saya sain, kawan saya pernah pesan kat saya,

"ambil seberapa banyak gambar yang ada cacat cela walaupun sekecil zarah dan kemudian komplen kat tuan rumah".

Jadi saya perhati dengan tajamnya sekali setiap sudut, penjuru, dinding, pintu, tingkap, dapur, tandas dan segala2 nya dan kalau ada benda2 kecik terus saya ambil gambar.

Kenapa kawan saya suruh buat macam tu? Sebab ini adalah pengalaman dia:

Dia pernah sewa sebelum ni, kemudian berpindah ke tempat yang dekat sikit dengan universiti. Tapi ada beberapa cacat cela rumah tu yang terlalu kecil macam dinding tu sedikit comot, dan tuan rumah tu nak cat keseluruhan dinding rumah dia! Selepas kawan saya ni cakap yang bukan salah dia, sebab cuaca panas sejuk bersilih ganti, dinding tu jadi mcm tu. Bila terjadi mcm ni, tuan rumah ada hak untuk ambil duit deposit yang kita masukkan tadi, dan tuan rumah tak nak pakai duit dia langsung untuk cat semula rumah dia! Jadi, kawan saya ni tak dapat satu sen pun duit dari deposit 1 bulan (600 pound) yang saya maksudkan kat atas. Bunyi macam tak adil kan?

Selepas saya dah ambil gambar dan komplen pada tuan rumah, bila saya balik, saya buka laptop dan masukkan semua gambar ke dalam pdf. Lepas tu, saya email pada tuan rumah untuk tunjuk keadaan semasa rumah tu sewaktu saya mula2 sampai. Tujuan nye adalah saya tak nak benda2 mcm ni berbangkit di kemudian hari bila saya nak keluar nanti. Macam tak adil kalau kelebihan diberi keutamaan pada tuan rumah. Padahal boleh je bahagi separuh2 kalau dah memang kritikal sangat. Ini email nya yang saya hantar:

Saya hantar gambar keadaan rumah sewaktu mula2 saya masuk ke rumah sewa tu
Untuk pembaca yang nak tengok contoh pdf yang saya buat, ini contohnya:

Klik di sini: Condition of property

Bil rumah sewa di UK seperti bil eletrik, gas, air, internet, tv 

Untuk bil, saya belum boleh nak beri nilai sebenar. Tapi anggarannya untuk sebulan adalah lebih kurang (dalam unit pound):

Elektrik: 40
Air: 60
Gas: 0 (bila winter mungkin sekitar 20)
Internet: 20
TV: 12

Untuk elektrik, saya jangkakan antara 30-40 pound sebulan. Ini berdasarkan peti ais, mesin basuh, dapur elektrik, cerek air, periuk nasi, pemanas air untuk mandi dan basuh tangan, tv, laptop, lampu. Semua ni saya dah kira dalam Excel penggunaannya yang dikira sebagai anggaran 0.15 pence untuk setiap kWh.

Air pula berdasarkan kira-kira 350 pound utk 6 bulan, ini mengikut perkiraan kawan saya. Yang jadi mahal bukan sebab kuantiti air, tapi 'waste management' iaitu sistem kumbahan dan perparitan air tu sendiri. Macam ala2 Indah Water lah jugak.

Buat masa ni tak pakai gas, bila musim winter saya tak tahu nak letak berapa. Saya sekadar bubuh je dulu 20 pound sebulan.

Internet pula sebenarnya murah, dalam 2 pound sebulan, tapi yang buat jadi mahal tu adalah kita kena sewa talian telefonnya tu sekali, tu yang buat jadi mahal.

Kalau nak tengok TV kat UK ni, kena ada lesen. Lesen tu bayarannya adalah 145 pound setahun, atau bersamaan kira-kira 12 pound sebulan. Kalau sesiapa tengok TV takde lesen, akan didenda sebanyak 1000 pound atau penjara. Hasil pendapatan lesen ni disalurkan ke media utama UK iaitu BBC terutamanya. Jadi TV kat sini tak banyak langsung iklan, sebab kos nye tu dah ditampung oleh pembayar lesen TV.

Apa pun, saya akan update bil-bil ni semua pada bulan hadapan.

Jarak Tempat Tinggal Antara Rumah Sewa Saya dan Universiti  

Jaraknya adalah kira-kira 4 km.

Naik bas ambil masa 30 minit untuk sampai
Kayuh basikal boleh sampai 15 minit, tapi penat nak kayuh naik turun bukit yang curam
Jalan kaki pun boleh, 50 minit perjalanan hahaha
Bawa kereta memang cepat sampai, tapi nak cari parking free susah, kebanyakannya berbayar (dan ternyata mahal)

Perbandingan Rumah Sewa di Tempat Lain dalam Bristol dan UK 

Di sini saya nak sertakan perbandingan harga rumah sewa antara kalangan kawan saya di UK terutamanya di Bristol.

Sewa rumah kat sini sememangnya mahal, dah macam sewa kat London. Ini adalah harga sebenar rumah kawan-kawan saya:

695 pound, 10 minit jalan kaki 
Kawan saya ni duduk berdua dengan isteri, jalan kaki 10 minit dari rumah ke universiti, rumahnya flat tingkat 4 berharga 695 pound sebulan.

650 pound, 10 minit jalan kaki 
Yang ini pula kawan saya duduk bertiga dengan isteri dan anak (lahir di Bristol dan kini berusia 2 bulan), rumahnya flat tingkat 3 berharga 650 pound sebulan. Jalan kaki 10 minit jugak.

625 pound, 7 minit jalan kaki (basement) 
Basement ni maksudnya rumah yang bawah tanah, dan disebabkan rumah ni duduk tercorok bawah tanah, jadi rumah ni memang sejuk sebab berdindingkan tanah. Juga rumah macam ni kurang pencahayaan sebab tingkap yang tersorok. Duduk bertiga, dengan isteri dan anak umur 3 tahun. Jalan kaki 7 minit dah sampai ke universiti. 625 pound sebulan.

Contoh rumah basement (anak panah) untuk laluan ke bawah (bukan rumah sebenar)

650 pound, 15 minit naik bas 
Yang ini rumahnya kat flat, kalau naik bas ambil masa 15 minit nak sampai, kalau naik basikal hanya 10 minit, tapi penat naik turun bukit. Harganya 650 pound sebulan.

Semua kat atas ni adalah kawan2 saya sendiri yang menyewa di Bristol.

Kat tempat lain?

Baru-baru ni kebetulan kawan saya sewaktu di Uniten dulu (orang Iraq) yang buat master. Kemudian dia sambung di Liverpool, untuk buat PhD. Setelah sembang2 di facebook, kitorang bertukar2 nombor telefon, dan dia telefon saya.

Rumah yang dia sewa, 2 bilik, 7 minit jalan kaki, duduk bertiga dengan isteri dan anak, sewanya adalah:

470 pound sebulan.

Dan kerajaan Iraq bagi biasiswa kat dia sebanyak 2000 pound sebulan, sebab ada isteri dan ada anak.

Saya?

Saya bagitahu dia saya yang saya sewa rumah kat Bristol, 2 bilik, 45 minit jalan kaki, duduk bertiga dengan isteri dan anak, 670 pound sebulan, dan 1012 pound sebulan duit MARA bagi.

Dan tahu apa respon dia?

Suara dia terus berubah, bunyi macam terlalu sedih. Dan dia cakap kat saya, dia nak tolong saya sangat2 bagi duit dia kat saya.

Tapi saya cakap tak perlu, sebab inshaAllah kitorang boleh hidup. Dan dia ckp, mustahil saya boleh survive dengan isteri dan anak dengan keadaan macam tu. Dia sambung lagi, kalau nak apa2, bagitau je dia, dia ada kat Liverpool, baru je sampai awal tahun ni. Jadi dia kata, tempoh kita akan sama, iaitu utk melalui perjalan hidup kat UK ni.

*Nota: Saya ada bergambar dengan dia waktu di Uniten dulu, tapi tak ingat letak kat mana.

Menampung dan Menyara Keluarga di UK 

Untuk maklumat ni, mungkin sedikit masa lagi saya akan post kat dalam blog ni. Post tersebut akan berkaitan dengan berapa banyak duit yang perlu ada untuk hidup di Bristol terutamanya. Saya dah kumpul semua resit saya, dah masukkan dalam excel. Nanti saya akan update di kemudian hari.

Kesimpulan 

Ramai orang fikir, kalau belajar di obersi je seronok dapat main salji apa bagai.

Ramai juga orang fikir orang yang belajar obersi ni kaya2 sebab dapat pinjaman rakyat (contohnya majlis amanah rakyat) dan boleh jalan2 tawaf UK. niat saya belajar sampai ke obersi UK ni hanya lah semata2 nak dapatkan pengalaman yang tak ternilai atas peluang yang diberikan oleh pinjaman rakyat (saya sebut rakyat sebab duit tu semua datang dari cukai rakyat).

Saya datang sini dengan duit cukai rakyat, yang mana rakyat malaysia mengharapkan yang terbaik daripada pelajar2 ini utk pulang berbakti di malaysia.

Seperti mana zaman kejatuhan negara jepun dulu, kemudian diambil alih oleh tampuk pimpinan maharaja meiji, ramai saintis2 jepun dibiaya dan dihantar ke US untuk cedok ilmu, dan kemudian bila balik semula ke jepun, disuruh terjemahkan satu persatu apa yang dipelajari - yang kita tengok hari ini dan kemudiannya jepun hanya menghantar beberapa orang sahaja setelah negaranya bangkit.

Kemudian, model ini ditiru bulat-bulat oleh negara jirannya, korea selatan, yang dulu miskin tegar pada sekitar tahun 1970-an, dan kemudian bangkit kerana faktor menghantar student belajar ke luar negara.

Kemudian, era hari ini, model yang sama, negara jiran yang berdekatan iaitu China, pun turut buat benda yang sama, tapi china lagi dahsyat sebab menghantar secara besar- besaran sehingga bersepah orang cina kat serata dunia. tak hairan lah kenapa banyak Chinatown kat dunia ni. Cuba anda sebut, negara mana yang takde Chinatown? Australia? UK? France? US? German? Malaysia? (kecuali negara Arab)

Yang nampak seronok sangat main salji tu bukan sebab nak menunjuk, tapi bila diteliti semula, itu adalah reward (atau hadiah) disebabkan stress pulun bekerja.

Yang nampak kaya siap boleh jalan2 UK dan Europe tu pula bukan sebab diorang pakai duit biasiswa atau pinjaman, tapi duit hasil lelah kerja siang malam kat UK utk dapatkan duit (ini tak termasuk golongan bujang).

Ini adalah kisah benar orang Malaysia di UK:

ada yang buat bisnes jual beli kereta kecil-kecilan, kemudian dah jadi tokey kereta. ada yang jadikan rumahnya tu tempat kumpul barang motosikal banyak2 kat rumahnya, kemudian pos ke malaysia dan dapat untung bersih purata 700-1000 pound (RM3700-5700) sebulan. ada yang sewakan rumahnya tu pada orang malaysia yang bertandang ke UK (especially London) jadi homestay. ada yang masak dan jual nasi serta ayam selama 3 kali je sebulan dan dapat bersih sekitar 150 pound (RM850) sebulan yang mana untungnya adalah 50 pound (RM280) sekali jual. ada yang jadi delivery man, orang yang hantar makanan dari kedai makan ke rumah customer macam ala2 pizza hut delivery dan dapat lah dalam 50 pound (RM280) dalam masa 4 jam sehari. dan tak lupa juga, ada yang kerja jadi cleaner yang kerja cuma 2 jam setiap hari (kecuali sabtu ahad) dan dapat dalam 250 pound (RM1400) sebulan. rezeki masing2.

Video



Ini video saya yang baru saje masuk rumah baru. Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum.